"Saya tak tahu masa depan saya dengan siapa", Intan cakap dengan tenang sambil tersenyum. Hatiku berderau dengan kencang. Tujuan aku malam tu adalah untuk aku sekali lagi menguji kesetiaan dia. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat nk uji dia. Aku tau dia tak suka dipaksa. Tapi kenapa aku buat macam ni? Aku pelik sangat. "Awak pergi naik atas, ambil balik teddy bear yang saya bagi kat awak", aku suruh dia bagi balik teddy bear tu.
Aku marah sangat, entah kenapa aku yang sememangnye terkenal dikalangan kawan-kawan aku dengan sikap yang penyabar tak dapat nak kawal perasaan aku malam tu. Kat dalam kereta MyVi tu aku dapat lihat Hafiz. Lelaki yang aku tak tahu nak kelaskan sebagai apa. Hanya kerana dia, aku benci pada mereka yang sebaya dengan aku yang bercita-cita hendak menjadi guru. Salahkah aku berfikiran macam tu? Hafiz keluar sambil menyalakan rokoknya. Hmpph, aku benci perokok. "Jumpa jugak kita ye", Hafiz menghulurkan tangan sambil tersenyum. Aku buat bodoh je. Buat apa aku nk salam dengan orang yang talam dua muka. Sememangnya pada malam tu perasaan amarah aku membuak-buak. "Em, tak nak salam? Tak pe lah", Hafiz beredar sebab aku langsung tak layan dia. Aku tak nak layan dia sebab aku tak nak ingat mahupun kenal muka dia. Biar lah dia cepat- cepat beredar. Hafiz masuk ke dalam kereta dan beredar.
Intan turun sambil membawa teddy bear yang aku minta. "Kenapa awak buat macam ni? Selama tiga tahun ni awak anggap saya ni ape ha?", aku tak dapat nak tengking dia. Sememangnya aku bukan jenis insan dengan suara yang lantang. Dia diam seketika. Telefon bimbit dia berbunyi. Aku capai serta merta. Aku sangka Hafiz yang menelefon dia. Tetapi bukan. "Siapa yang awak sayang sekarang ni?", aku tanya pada Intan. "Saya sayang awak, tapi saya sayang Hafiz juga", hatiku semakin panas. "Awak, kita cakap kat tempat lain, malu kalau orang nampak. Awak nak Hafiz ada sekali?", Intan bertanya kepadaku. "Haih, kenapa kau perlu sebut nama jantan tu?", bisik hatiku. "Suka hati awak, kita pergi dekat 7e", aku menjawab dengan geram.
Sampai di 7e aku dapat lihat kereta Hafiz. "Intan suruh si Hafiz ni tunggu dia ke?", tiba-tiba aku sedar betapa kuatnya pengaruh Hafiz pada Intan. "Awak macam mana ni? Awak nak siapa? Apa yang awak nak sebenarnye?", aku tanya Intan dengan nada marah. "Saya tak tahu awak", Intan menjawab sambil mukanya melihat kereta Hafiz. Aku cukup marah sangat-sangat. Kenapa dia perlu buat begitu? Aku ni kan boyfriend dia? "Awak pandang saya!", sergah ku. Intan enggan memalingkan mukanya ke arah ku. Hatiku tiba-tiba rasa panas. "Saya cakap pandang saya! Pang!!!", aku...tampar dia. "Ya Allah..apa aku dah buat?", bisik hatiku. "Faizal! Sakitlah! Saya tak nak cakap dengan awak lagi!", Intan menjerit dan keluar daripada kereta.
"Woi! mengelamun je! Hehe. Bila kerja nak siap macam ni?" kata Shahrul. "Bukan mengelamun la, aku tengah fikir ni." aku berkata dengan sahaja. "Weh, jom la makan. Dah pukul 1 ni. Lapaq r" ajak Shahrul. "Jom la, aku pun lapar ni" kataku. Setiap hari, setiap masa aku seakan teringat-ingat peristiwa tu, saat aku kehilangan Intan. Seringkali aku salahkan diriku, kenapa perlu aku tampar dia? Aku kan penyabar. Sekiranya waktu boleh diulang semula, aku akan pastikan Intan sentiasa bersamaku. Intan, insan yang pertama membuat aku benar-benar jatuh cinta.
Apa itu cinta? Sabar dulu, jangan anggap cinta itu perkara yang menggembirakan sahaja. Cinta? Ya, aku sendiri belum mengenal sebenar-benarnya makna cinta. Blog ini aku tulis untuk biarkan kalian semua ikuti, dan hayati ceritaku dengan Intan, perempuan yang aku betul-betul cintai. Aku cintakan dia sehingga ke akhir hayatku. Setiap hari aku akan update blog ni. Jadi, ikuti lah setiap hari. Aku harap kalian dapat menghayati dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku pada diriku. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment